LAMAN RASMI KAMPUNG LINAU

LAMAN RASMI KAMPUNG LINAU
Sila Klik Untuk Ke laman Rasmi Kampung.

Tuesday, May 25, 2010

Sagu

dahulu, Kampung Linau merupakan pengeluar batang sagu. Tahukah anda apa itu batang sagu? . Inilah pokok sagu:
pokok sagu subur di tepi sungai. 

perhatikan pokok yang ditakek itu, itu merupakan tanda menunjukkan pokok tersebut sudah matang dan akan ditebang.


batang-batang sagu kemudiannya dipotong pendek dan disusun sebelum dibawa ke kilang.


bagi menjimatkan kos, batang sagu hibawa ke kilang menggunakan jalan sungai. ia akan ditunda menggunakan tongkang. 
 tentu anda tertanya-tanya, apakah kegunaan pokok sagu bukan? Batang sagu ini akan diproses menjadi sagoon .Tepung Sagu.


Surau telah dinaiktaraf.

Alhamdulillah, akhirnya surau kampung Linau Telah mendapat sentuhan baru. antara perubahan yang ketara adalah karpet dan halaman surau. berikut disertakan beberapa gambar yang sempat diambil.






sebenarnya ada banyak lagi, tetapi cukuplah sekadar itu sahaja dahulu. 

Thursday, February 4, 2010

OLE-OLE DARI KAMPUNG LINAU KECIL

terpampang di bahu jalan, bunting dan sepanduk www.linaukecil.com

Pelbagai pembaharuan, yang ketara adalah keghairahan penduduk mengusahakan projek tanaman lada fertigasi. semoga berjaya diucapkan.
sebenarnya di kampung linau, banyak aktiviti ekonomi yang diusahakan penduduk (tidak disebut semua dalam web rasmi), antaranya:
-pertanian kecil-kecilan
-kelapa sawit
-ternakan lembu
-ternakan kambing
-perusahaan atap rumbia
-bengkel membaiki penghawa dingin
-ternakan ikan keli
-cendawan butang
-pembungkusan kerepek dan makanan ringan
-bengkel automobil(kereta)
-dan lain lain lagi.

p/s: sekadar pertanyaan yang tidak mungkin dijawab, adakah pembinaan web linaukecil.com itu dibina hasil kepakaran anak linau, atau orang luar/upahan?


selamat berkunjung ke:
http://www.linaukecil.com/?lang=my&id=1&mnu=1
 
.......read more..........

http://anwaruitm.blogspot.com/2009/08/ole-ole-dari-kampung-linau-kecil.html